Pengikut setia

Thursday, 25 August 2011

saya suka awak dari jauh

Awak tak tahu yang saya baru je nak lupakan awak pabila awak muncul balik depan saya dengan tiba-tiba.


Awak tak tahu yang saya gembira tak terkira apabila awak 'Like' pada status saya atau apa-apa je kat Buku Muka saya.


Awak tak tahu yang saya lompat-lompat macam kangaru pabila awak komen, biarpun hanya ikon smiley ke apa kat Buku Muka saya.


Awak tak tahu saya dah tak boleh nak mengadap muka awak secara terus sebab saya sangat malu.


Awak tak tahu yang jantung saya berdegup kencang walaupun hanya tengok awak dari jauh.


Awak tak tahu muka saya kemerahan pabila saya cuma lalu sebelah awak.


Awak tak tahu saya suka 'stalk' awak kat Buku Muka secara diam-diam je.


Awak tak tahu yang saya mula suka awak lepas kita dah tak 'keep in touch' antara satu sama lain.


Awak tak tahu yang saya menderita pabila dapat tahu awak rupanya suka pada orang lain.


Awak tak tahu kawan-kawan saya selalu minta saya 'confess' pada awak, tapi saya terlalu lemah untuk buat semua tu.


Awak tak tahu yang saya sangat rindu akan persahabatan kita, walaupun hanya di alam maya je, tanpa perlu bersua muka.




dan saya rasa, awak tak akan tahu, sehinggalah saya sendiri berhadapan dengan awak untuk ceritakan segalanya.
http://qifslife.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

arigatO!