Pengikut setia

Wednesday 27 July 2011

apa yang ada pada ubi kentang?

Anda suka makanan yang berasaskan ubi kentang?
jom tengok apa kebaikan ubi ni..



Ubi kentang ni kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Kandungannya juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ianya lebih berkesan berbanding kacang soya. Manakala kulit ubi kentang kaya dengan clorogenic polypherol iaitu ianya dapat membantu mengelakkan daripada mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

antara khasiat lain ubi kentang:
  • Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. 
  • Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. 
  • Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.
  • Hirisan ubi kentang pun boleh merawat mata sembab. 

 haa.. dah cerah dah mata tu??

No comments:

Post a Comment

arigatO!