Pengikut setia

Friday 10 June 2011

Perbicaraan yang dilarang menurut islam

Lidah yang dikurniakan Allah ini terlalu besar nikmatnya, namun ia sering digunakan untuk tujuan yangsalah. Buruk akibatnya jika kiat terlanjur kata-kata atau tersalah bicara sehingga menimbulkan pergaduhan, permusuhan, perkelahian dan berbagai-bagai kesan negatif yang lain.


Akhirnya ia boleh member impak yang besar kepada keharmonian dalam masyarakat, organisasi, rumah tangga, negara dan sebagainya. Islam memang melarang keras kita menggunakan lidah kita untuk merosakkan hubungan silaturahim.

Larangan-larangan ini banyak dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w seperti berikut :

Berdebat

Ramai orang suka bertikam lidah apabila berlaku perselisihan pendapat. Kadang-kala timbul situasi menyerang, menentang dan saling encela antara mereka. Islam tidak membenarkan kita berdebat walaupun kebenaran memang di pihak kita, sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : “Aku ialah pemimpin di sebuah tempat di syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun ia benar. “(Riwayat Abu Daud) Diam itu adalah lebih baik.


Mengumpat

Pada hari ini kita lebih seronok berbicara mengenai keburukan orang lain. Hampir di setiap tempat dan ruang digunakan untuk menceritakan aib orang lain. Paling menyedihkan dalam majlis ilmu, masjid, surau dan berlaku di tempat yang tidak sepatutnya. Ingat ancaman Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: ‘’Celakalah bagi pengumpat lagi pencela.” (surah al-Humazah 104: 1)

Dari Anas r.a., Rasulullah s.a.w tealah bersabda yang bermaksud: “Ketika aku diangkat ke langit (Mikraj), aku melintasi sekelompok kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga untuk melukai wajah dan dada mereka. Kemudian aku bertanya kepada Jibrail : “Siapakah mereka itu, wahai Jibrail?” Jawab Jibrail :” Mereka ialah orang yang memakandaging manusia dan menjatuhkan kehormatan mereka.” (Riwayat Abu Daud) Carilah kehebatan,  kebaikan dan kelebihan orang daripada menceritakan keburukan dan kelemahan mereka.

Mengandu Domba

Perbuatan ini besar impaknya dalam masyarakat sehingga boleh menyebabkan perpecahan dan saling benci-membenci. Oleh sebab itu, jauhilah diri daripada mereka yang berperangai begini. Ancaman bagi si pengadu domba telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud: “ Tidak masuk syurga bagi orang yang mengadu domba.” (Riwayat al-Bukhari) Perbuatan “talam dua muka” ini merupakan perbuatan keji dan berniat jahat.


Membangga Diri
Ramai juga yang membangga diri bertujuan untuk meninggikan darjat diri tetapi dengan cara menghina orang lain. Bercakap dengan tidak menghiraukan perasaan orang lain sehingga menggores hati orang yang mendengarnya.
Sifat sombong dan bongkak ini mendorong mereka memperkecil-kecilkan orang lain dan tidak kurang juga suka mencari kesalahan orang. Terdapat juga mereka yang menunjuk-nunjuk kebolehan diri tetapi sekadar cakap sahaja. Matlamatnya cuma untuk memperkecilkan orang lain.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Celaka bagi orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang tertawa, maka celakalah baginya.” (Riwayat Abu Daud).

Perkataan yang ditegah

Kita dilarang berbicara dengan menggunakan sumpah, meyumpah orang, mengkafirkan orang, perkataan lucah dan lain-lain perkataan buruk. Perkataan ini amat ditegah seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam ayat al-Quran berdasarkan surah al-Qalam ayat 10-11 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu turuti setiap orang yang suka bersumpah yang hina. Yang banyak mencela, yang suka menyebarkan fitnah.”Hendaklah kita melahirkan kata-kata yang bernas, betul dan jitu serta bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam secara secara berhikmah untuk faedah semua.
Jadi, gunakan mulut dan lidah yang Allah anugerahkan ini untuk melakukan kebaikan kepada semua manusia. Jadikan lidah ini sebagai jambatan yang menghubungkan silaturahim antara kita. Ingatlah kita akan dipertanggungjawabkan setiap kata-kata yang kita tuturkan.

Ulasan Admin:

Hikmah di sebalik hadis-hadis SOHEH (benar) di atas mengajar kita seharusnya sedar betapa AGUNG-NYA sifat Allah maha PEMURAH dan lagi maha MENGASIHANI  kerana DIAlah telah mengutuskan para nabi dan rasul kepada umat manusia terdahulu supaya kita dididik, diasuh, ‘dibaja’ dan ‘disiram’ dengan ramuan istimewa itulah AKHLAK dan ADAB yang mulia (segar atau sejahtera ). Al-Quran telah merakam sejarah tamadun islam pada zaman kemulian Khalifah Umar Al-Khatab r.a. Allah mengisahkan kekuatan panji-panji (pasukan tentera) Islam yang hanya berjumlah berpuluh-puluh ribu orang yang mampu menumpaskan dengan kekuatan musuh-musuhnya berjumlah beratus-ratus ribu orang, namun atas dasar KETAQWAAN mereka sanggup MATI SYAHID memerangi musuh mereka adalah semata-mata kerana-NYA sehingga melakar sejarah dunia berjaya menggulingkan empayar Parsi dan Rom  teramat kuat lagi zalim pada ketika itu. Inilah bukti keteguhan IMAN mereka iaitu kekuatan spiritual yang sukar dibilang pada mata kasar kita. Bagaimana mereka begitu berdisiplin baik pada tutur kata, perbuatan, pemikiran dan bisikan hati mereka sehingga mudah digeruni oleh musuh-musuhnya?. Saya menyimpulkan bahawa tanpa AKHLAK yang mulia maka runtuhlah tamadun manusia (tajuk ini akan dikupaskan jika diizinkan, isyaallah). Cuba kita renungkan baik-baik. Ingatlah setiap tutur kata yang terucap pasti ada balasannya ‘pada hari kelak’. Seelok-eloknya,  kita digalakkan bermaaf-maafanlah sesama saudara kita sebelum umur kita habissss.

RUJUK DARI:HUSNI ZAIM

No comments:

Post a Comment

arigatO!