Pengikut setia

Tuesday 7 June 2011

Apa itu psikologi?

Terlebih dahulu kita mengenali apa itu psikologi. Masih ramai dikalangan kita masih memahami apa itu psikologi. di negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara lain. Bidang psikologi telah lama bertapak dan memainkan peranan penting dalam menyumbang pembangunan negara tersebut dari segi pembangunan individu dan masyarakat secara keseluruhannya. Psikologi merupakan satu kajian saintifik secara sistematik kajian keatas tingkahlaku dan interaksi manusia. Pada dasarnya Psikologi berasal daripada dua perkataan Greek iaitu Pyche yang bermakna jiwa dan logos bererti kajian tentang sesuatu.

Berikut merupakan bidang-bidang dalam psikologi.
Umum Mengkaji prinsip-prinsip asas tingkahlaku manusia sepert personaliti,emosi pemikiran ,motivasi,pembelajaran dan sebagainya
Klinikal Membuat dignosis dan rawatan kepada masalah emosi
Sosial Mengkaji Perhubungan manusia
Industri Aplikasi dunia perniagaan dan industri
Fisiologi Mnegkaji pertalian dala tubuh manusia
Sahsiah Menerangkan tentang ciri-ciri penting sahsiah individu

Antara tujuan utama dalam menjalankan kajian di dalam bidang psikologi adalah seperti berikut.

  • Memahami tingkahlaku manusia
  • mengawal tingkahlaku manusia yang tidak diingini
  • Merancang aktiviti yang dapat merubah tingkahlaku yang diingini
  • Merenung dan mengaal gerakbalas yang berkemungkinan timbul atau wujud
  • Membuat pemerhatian, menyelidik dan menilai tingkahlaku manusia.
  • Memahami perbezaan individu dari segi fizikal, emosi, mental
  • Memahami Keperluan Biologi dan psikologi manusia.
  • Mengenal pasti jenis gangguan tingkahlaku manusia.

No comments:

Post a Comment

arigatO!