Pengikut setia

Friday 27 May 2011

Program Pembimbing Rakan Siswa(PERSIS)

Sudah beberapa hari saya meninggalkan blog tersayang kerana terpaksa ke program PERSIS yang dianjur oleh Badan Kaunseling di Universiti Sultan Zainal Abidin.Saya merupakan salah seorang mahasiswa yang terpilih untuk ke sana.Program tersebut dijalankan selama 4hari.Pada malam 23Mei2011 saya bersama sahabat tersayang iaitu Syafiqa dan Athirah bertolak ke Johor Bharu dengan bas.Perjalan kami memakan masa selama 12jam.Kami bertolak pada pukul 8.00 malam dan sampai pada pukul8.30 pagi.

Sesampai sahaja di sana,kami ditempatkan di sebuah rumah tamu di Universiti Teknologi Malaysia.Di sana saya banyak memperoleh pengalaman baru serta kenangan pahit dan manis.Pada hari pertama,para fesi memperkenalkan kepada kami semua kenalan baru.Dan saya memperolehi pelbagai kenalan dari seluruh Universiti.Antara kenalan yang sempat saya bertaaruf ialah rakan dari UPM,UIA,USIM,UNIMEP,UM,UMT,UMK,UMS dan kenalan dari beberapa buah politeknik.Mereka pada pandangan saya sangat hebat dan bijak.Di situ baru saya sedari yang saya mempunyai banyak saingan dari seluruh Universiti,Dari mereka juga saya dapat mempelajari banyak perkara berkenaan dengan ilmu politik,agama,dan pengetahuan berkenaan dengan cara pembelajaran di Universiti masing-masing.Lebih-lebih lagi mereka semua sangat senang didekati dan peramah.Lagi senang la untuk saya berkomunikasi dengan mereka.Kemudian,para fesi membuat satu permainan yang menarik untuk mempercepatkan lagi kemesraan anatara kami semua.Antara permainannya adalah tiup dan pecahkan belon,lakar peta,cari rakan-rakan yang sama saiz kaki,cari yang sama bulan kelahiran dan banyak lagi.Pada malamnya kami mendengar taklimat.

 Keesokan hari pula,pada 25Mei 2011,beberapa memori indah dan pahit tersimpan baik dalam kepala saya.Kami bertolak ke Kampung Parit Abdul Rahman untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat.Saya bersama rakan2 sama2 mengutip sampah.Sedang saya menyapu sampah,tiba2 perkara yang tidak diingini berlaku.Selipar yang saya pakai terputus.memang xpelik la sebab orang lain gotong-royong semuanya pakai kasut tp sy ni wat zuhud kat sana memang xbawak pun kasut,terpaksa la menanggung malu yang teramat sangat dan wat muka tebal kat sana.Semua orang dah beredar untuk menuju ke arah rumah kampung untuk berehat dan minum2,tp saya tercengang-cengang sendirian dan tidak ditemani oleh sesiapa pun,baru dapat rasa bagaimana dipinggirkan oleh kawan dek kerana kekurangan yang ada.tp selepas kejadian tu berlaku sy dapat mengenal pasti yang mana dapat dinamakan sahabat sejati dan yang mana dinamakan rakan2 biasa kerana yang sebelum ni bersama saya telah meninggalkan saya apabila saya mengalami kesusahan tetapi yang sebelum ni tidak menegur saya datang untuk membantu dan menunggu saya berjalan untuk pulang bersama.Malah mereka berusaha untuk membaiki selipar saya yang putus supaya saya tidak kepanasan untuk berjalan.saya merasa sangat terharu kerana mereka semua baik pada saya,yang sebelum ni saya membuat andaian sendiri bahawa mereka2 ini sombong dan tidak bertegur-sapa rupa2nya lbih baik dari yang ceria dan peramah.Ketika saya berjalan bersama teman2 baru itu,rupa2nya saya diperhati oleh dua orang lelaki yang menunggang motor,kelihatannya seperti orang di situ,Mungkin sebak dengan keadaan saya,salah seorang dari pemuda itu datang menuju ke arah saya dan menanyakan saiz kaki saya,lantas saya mengatakan saiz kaki saya adalah saiz 5.Malu tak terkata tapi apakan daya,terpaksa tebalkan muka sebab kalau tak memang tak sanggup untuk saya teruskan perjalanan tanpa selipar,huaa..Selepas beberapa minit dalam perjalanan,saya bertemu kembali 2kumpulan yang telah meninggalkan saya termasuk yang bersama saya sebelum perkara ni terjadi.Merka kelihatannya berseronok mengutip sampah2 sarap di belakang rumah orang kampung.

Kemudian sedang kami beramai-ramai bergambar bersama,datang la pemuda tadi bersama selipar baruku,sekali lagi muka saya terasa tebal dan berat,ramai2 dalam kumpulan saya terutamanya lelaki bersorak dengan mengatakan saya dah memperoleh selipar baru yang lebih cantik dari sebelum ini.Pelik sungguh!Rupa selipar tu tak de la secantik mana bagi saya sebab selipar tu hanyalah selipar 'jepun coca-cola'.
 Mereka pun bersorak sambil beretepuk tangan.Macam dapat anugerah pulak.hehe.apa-apa pun tu semua saya jadikan kenangan manis dan pahit buat saya.sebelum ni xde lagi dalam hidup yang memberi hadiah selipar jepun kepada saya.saya berkeras nak membayar selipar itu dengan memegang motor pemuda itu tetapi dah dia kata tu pemberian hadiah khas untuk saya,saya pun menerimanya dengan hati yang senang sebab saya fikir mungkin ni hadiah yang paling istimewa.Saya pun berjalan ke sana dengan senyuman yang lebar.
Selipar yang diberi oleh seorang pemuda akan dijadikan kenangan buat selamanya.
Bagi saya ianya hadiah yang paling istimewa dan ikhlas yang saya dapat dari orang kampung di
Johor.


Sesampai sahaja di pondok kecil,kelihatan ramai para peserta melaksanakan kerja amal seperti mengecat balai,membuat air,menyiapkan makanan untuk tengahari,membakar sampah dan sebagainya,saya tertarik untuk menuju ke arah dapur untuk mengendap apa yang mereka sedang lakukan.Saya terus menolong seorang makcik tua yang sedang membuat ulam,tak tau apa nama2 ulam tu tapi yang penting dapat juga tolong mereka.Saya menggaul ulam2 tu yang ada dalam satu periuk yang besar,kemudian terus menolong menggoreng ayam,kemudian,saya menolong mak cik2 memotong pisang untuk di goreng,rasa seronok datang secara tiba2,rupanya2 menolong orang boleh membuatkan hati kita girang dan tenang.Sambil2 saya memotong saya sempat berbual dengan mak cik2 di sana,mengambil sedikit petua2 yang diberikan,bagaimana untuk menjadi awet muda,cara nak pikat suami.lucu pulak sebab mak cik di sana memang peramah dan senang untuk berborak tentang apa saja topik,mereka pun sabar aja melayan pertanyaan saya yang agak tak masuk akal.Umur makcik2 di sana lebih kurang dengan umur arwah nenek saya yang baru sahaja meninggal dunia.Ketika saya sedang asyik berbual2 dengan mereka,hati saya tiba2 sayu.alangkah seronoknya jika makcik2 yang ada kat sana menjadi nenek saya di sepanjang hidup saya.Setelah itu,sebelum beredar untuk pulang,seorang mak cik datang berbisik kepada saya.dia pesan pada saya agar tidak lupa untuk datang menziarahi dia pada hari raya.dan dua lagi makcik datang memberi saya pisang tanduk.saya sekali lagi terharu kerana saya bersama mereka tak sampai sehari tetapi sudah mesra seperti cucu dan nenek.saya mengucapkan terima kasih kepada merka berdua.
BERSAMBUNG....

No comments:

Post a Comment

arigatO!