Pengikut setia

Wednesday 11 May 2011

Jalani Hidup Apa Adanya.

Keadaan dunia ini penuh kenikmatan,banyak pilihan,penuh rupa,banyak warna.Semua itu bercampur baur dengan kecemasan dan kesusahan hidup.Anda adalah sebahagian dari dunia yang berada dalam kesukaran.

Anda tidak akan pernah menjumpai seorang ayah,isteri,kawan,sahabat,tempat tinggal,atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat kesusahan atau sesuatu yang menyukarkan.Bahkan kadangkala pada setiap perkara itu terdapat sesuatu yang buruk dan tidak anda suka.Maka dengan itu padamkanlah panasnya keburukan pada setiap perkara itu dengan dinginnya kebaikan yang ada padanya.Itu kalau anda mahu selamat dengan adil dan bijaksana.kerana setiap luka ada harganya.

Allah s.w.t. menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan,dua jenis yang saling bertolak ke belakang,dua kubu yang saling bertentangan dan dua pendapat yang saling bertentangan,yang baik dengan yang buruk,kebaikan dengan kerosakan,kebahagiaan dengan kesedihan.

Setelah itu Allah s.w.t. akan mengumpulkan semua yang baik,kebagusan dan kebahagiaan itu di syurga.Adapun yang buruk,kerosakan dan kesedihan akan dikumpulkan di neraka.

Maka jalanilah hidup ini sesuai dengan kenyataan yang ada,jangan larut dalam khayalan dan jangan anda meneerawang ke alam imaginasi.Hadapi kehidupan ini apa adanya.kawallah jiwa anda untuk menerima dan menikmatinya!Bagaimanapun tidak semua teman tulus kepada anda dan semua perkara sempurna di mata anda.Sebab kesempurnaan dan ketulusan itu ciri dan sifat kehidupan dunia.

Bahkan isteri tidak sempurna di mata anda.

Adalah sepatunya apabila kita merapatkan barisan,menyatukan langkah,saling memaafkan dan berdamai kembali,mengambil perkara-perkara yang mudah kita lakukan,meninggalkan perkara-perkara yang menyusahkan,menutup mata dari beberapa perkara untuk saat-saat tertentu,meluruskan langkah dan mengesampingkan berbagai perkara yang mengganggu.

No comments:

Post a Comment

arigatO!