Pengikut setia

Wednesday 11 May 2011

Hari ini Milik Anda 1

Apabila anda berada di pagi hari,janganlah menunggu waktu petang,kerana hari ini adalah kesempatan  untuk hidup.Oleh kerana itu,anda tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya.Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang.

Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda,membuat anda mampu memandang alam sekitar.Itulah hari anda,maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya!Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja,atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.

Falsafah ini akan menyelamatkan kehidupan anda,sehingga tidak tersepit di antara dua kehidupan,masa lalu dengan berbagai kesedihan dan kegundahan yang terjadi masa itu,dan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.

Pusatkanlah seluruh perhatian dan kreativiti anda untuk satu hari ini sahaja.Pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan kualiti solat yang paling khusyuk membaca dan memahami al-Quran secara mendalam serta merenungi kehidupan dunia dengan sepenuh hati,keseimbangan dalam segala perkara,keindahan dalam akhlak.kerelaan dengan semua yang Allah s.w.t. berikan,perhatian terhadap keadaan sekitar,perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga serta memberi manfaat kepada orang lain.

Untuk hari ini,anda harus mula membahagi waktu dengan bijak.Jadikanlah setiap minit seakan seribu tahun dan setiap detik seakan ratusan tahun,tanamlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu.memelihara indahnya kehidupan,meminta keampunan dari berbagai dosa yang telah dilakukan,mengingati tuhan,dan menyiapkan diri untuk pergi jauh(mengharapkanNya).Dengan demikian hidup anda pada hari ini dengan penuh kebahagiaan.merasa aman dan tenteram.

Hidup anda pada hari ini juga tanpa kesedihan,gangguan,kemarahan,kedengkian,dan kebencian atau sakit hati.

Jangan lupa anda hendaklah mengukir suatu tulisan dalam hati anda atau di meja tempat anda dan berkerta:''Hari ini adalah milikmu.''Yakni apabila hari ini anda dapat memakan nasi yang harum baunya,maka adakah anda masih berfikir tentang nasi basi yang telah anda makan kelmarin?Mungkin anda masih berfikir tentang nasi yang anda makan esok pagi,padahal nasi tersebut masih ada dalam angan-angan.

Seandainya anda percaya dengan diri anda sendiri dan mampu mengerjakan sesuatu dengan semangat dan tekad yang kuat anda dapat menundukkan diri anda untuk berpegang pada prinsip:''Masa hidupku hanyalah pada hari ini.''Prinsip inilah yang akan menyibukkan diri anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan.sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan anda.

No comments:

Post a Comment

arigatO!