Pengikut setia

Saturday, 14 May 2011

Apabila anda difitnah

Dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kalian akan merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang”
(Al-Hujurat 49 : 12)

Betapa luluhnya hati apabila diri difitnah atau diburuk-burukkan. Kadangkala kata-kata nista itu datangnya daripada insan yang kita percayai atau sayangi. Siapa sangka, dek kerana insan itu "terlebih" mengenali diri ini maka difikirkannya jalan untuk menjatuhkan maruah dan reputasi kita. Tapi kenapa dan apa puncanya hanya Allah yang lebih mengerti.
Saya sendiri pernah beberapa kali terjebak dalam situasi begini. Hilang punca seketika tatkala meratapi setiap bait kata-kata dusta menghancur jiwa. Malu difikirkan apa pula tafsiran orang yang tidak tahu menahu dan hanya mengiyakan berita itu secara membuta tuli.  Hanya Allah dan ibu bapa sahaja menemani tempoh kegelapan itu.  Dan Allah tidak mungkir janjiNya kepada mereka yang mengalirkan airmata dalam sujudNya. 




Dan bila ketenangan menjenguk kembali, barulah terbuka kembali hijab rasional akal fikiran. Barulah terpamer punca dan penyebab Allah aturkan dugaan sebegitu, bukan? Namun, bagi yang bersedih2 angkara perbuatan fitnah, bangkitlah saudara dan saudari. Allah sedang melihatmu dari atas. Apakah sombong benar hambaNya untuk sujud dan memohon keampunan dan RahmatNya biarpun diduga begini?

Kepada saudara Islamku, ketahuilah FITNAH mereka sebenarnya adalah nikmat. Nikmat tersembunyi yang Allah aturkan untuk kita. Jom kita tengok apa yang nikmat sangat kena fitnah ni? 


UJIAN



Selagi anda tidak difitnah,anda bukanlah sesiapa. Sebaik sahaja anda difitnah tandanya anda sedang berjaya. Mereka yang memfitnah anda sedang mengukur kejayaan anda dan amat takut melihat keupayaan anda melakar sejarah sedangkan mereka berada ditempat yang sama tetapi tidak dapat berbuat apa-apa !

BERJAYA



Jika dibiarkan,mereka merasakan diri akan hilang pengaruh atau mati terus tanpa diingati, maka itulah strategi fitnah pun dibuat.Inilah sebahagian reality kehidupan – manusia memang tidak senang dengan kejayaan orang lain tetapi amat gembira apabila melihat tersungkur dihadapan mata mereka. Anda telah pun menang apabila tidak menyerang balas dengan menggunakan taktik yang sama dengan mereka. Itulah mereka kehendaki, iaitu serangan balas anda serupa seperti apa mereka lakukan ! Dari situlah mereka akan semakin menelanjangi anda,akhirnya anda akan semakin nampak bersalah sebab orang begini memang penuh dengan strategi "KESYAITANAN”.

TINDAKAN


Usah peduli dengan provokasi mutakhir ini oleh orang yang tidak mempunyai pendidikan. Bagi mereka, hanya kelompok mereka sahaja yang suci dari dosa dan noda.Pada saya,mereka berpegang kepada falsafah sampah;“membongkar rahsia untuk kebaikan, segala hal yang berbentuk peribadi yang mengaibkan perlu dibongkarkan dan didedahkan melalui umpat-mengumpat kepada masyarakat yang sememangnya ghairah cerita sensasi dan kontroversi

.Nampaknya anda telah menjadi mangsa provokasi yang tidak bermoral. Akhirnya,apabila segala tindakan mereka tidak berjaya; mereka akan kelihatan seperti orang yang kehilangan arah dan dungu.Tak percaya,mari kita tunggu dan lihat.

DOA MUBAHALLAH



Ya Allah Ya Tuhanku, jika mereka ingin menyakiti hatiku, menghina ilmu ku dan mencerca kaum keluarga serta para sahabatku, Hanya pada Mu aku memohon segala pertolongan, perihal buruk mereka aku berserah pada Mu yang Maha Bijaksana dan mempunyai Hak Mutlak Maha Keadilan. Rujuk :  Doa Muhabalah



Saya ada sedikit doa yang boleh dikongsi, terutamanya apabila berada dalam situasi begini.


1) Selepas Subuh dan Asar amalkan membaca 





Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,
"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

2) Mengamalkan Surah Al-Hasyr Ayat 21-24 selepas Subuh dan Asar.
Ayat ini sangat ampuh kerana dengan mengamalkannya dengan tertib dapat menghakis sihir/ilmu hitam juga. Mulakan bacaan dengan lafaz "Auzubillah hissami 'il'azimi minasy syathoonirrajiim" sebanyak 3x dan bacakan surah seperti di bawah :


Maksud ayat  :

(21)  Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. 
(22)  Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
(23)  Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. 
(24)  Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. 

 

5 comments:

  1. Salam... Cendawan merah.. Sy berada dalam situasi ini.. Dimana sy difitnah membuat perbuatan syirik.. Iaitu menundukkan teman lelaki sy.. Xpernah terniat atao.terlintas sama sekali nak melakukan perbuatan terkutuk tu.. Sy difitnah oleh sorang perempuan tua yang dikatakan boleh melihat atao mengubati sihir.. Sy sedih bila dituduh sebegini.. Semangat hilang n malu sgt bila keluarga kekasih bertanyakan hal ni.. Sy takot perempuan tua tu mempengaruhi fikiran mereka.. Sy xtao nak hadapi semua ni macam mana.. Sy yakin Allah ad dengan saya.. Tapi macam mana sy nak buktikan yang sy x bersalah... Sy betoi betoi buntu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila baca dan fahamkan artikel ini okay? awk akan jumpa solution InsyaAllah. :)

      Delete
  2. Hanya Allah mengetahui segalanya. Terima kasih utk perkongsian ini. Moga semangat kita yg terfitnah akan kuat utk meneruskan hari2 yg seterusnya...aamiin

    ReplyDelete
  3. Terima kasih pada penulis sudi berkongsi artikel yg sgt bermanfaat kpd sy..

    ReplyDelete

arigatO!