Pengikut setia

Saturday 21 May 2011

Adakah diri kita dikasihi ramai?

KITA tidak perlu kepada jampi mentera untuk mempengaruhi orang supaya sukakan kita. Kita akan tetapi disukai orang apabila kita pandai berbudi bahasa dengan mereka dan apabila kita sentiasa bersedia membaiki kekurangan-kekurangan dan kecacatan budi bahasa kita.

Sekarang, ayuhlah kita periksa diri kita dengan menyemak senarai pertanyaan di bawah ini. Berikan 5 markah kepada tiap-tiap satu jawapan “Ya” kemudian jumlahkan semua hasilnya.

(1) Bila kita mengucap “Selamat pagi” atau “Assalamualaikum’ adakah kita cuba sebutkan ucapan-ucapan itu dengan secara sungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati?

(2) Adakah kita penuh bersemangat dalam menghadapi soal-soal hidup kita sehari-hari?

(3) Adakah kita sentiasa mengotakan kata-kata kita biarpun dalam perkara-perkara yang sehabis kecil?

(4) Adakah kita mencuba dengan jujur untuk melihat segi-segi kebaikan orang-orang yang kita temui?
(5) Adakah kita banyak mengorakkan senyum?

(6) Adakah kita benar-benar mudah dalam memberi kepujian dan sanjungan kepada orang-orang lain?

(7) Adakah kita boleh tahan berbulan-bulan tanpa meradang atau merungus?
(8) Adakah kita tidak suka memberati dan menyusahkan orang lain dengan kerja-kerja kita?
(9) Adakah kita dapat mengingat dengan baik nama-nama orang dan rupa paras mereka?

(10) Adakah kita sangat bercermat melahirkan mana-mana perasaan tidak setuju dan prasangka-prasangka kita bila bercakap-cakap dengan orang lain?

(11) Adakah kita selalu tidak suka menyenda-nyenda dan mempermain-mainkan orang?
(12) Adakah kita lebih dahulu memeriksa diri sebelum hendak menyampuk atau memotong percakapan orang?
(13) Adakah kita suka mengambil kesempatan untuk bertemu dengan orang-orang?

(14) Adakah kita selalu menjaga kebersihan dan kesiapan pakaian dan tubuh badan kita?

(15) Adakah kita menjauhi kata-kata yang kasar dan kesat dalam percakapan kita?

(16) Adakah kita seringkali bersedia untuk menolong orang lain?

(17) Benarkah kita tidak menaruh syak kepada orang lain mencari rahsia kita atau mengumpat kita dari belakang?

(18) Adakah kita selalu bertimbangrasa terhadap perasaan-perasaan orang lain?

(19) Adakah kita cuba bersikap mesra dengan siapa-siapa sahaja yang berkenalan dengan kita?

(20) Adakah kita menegur kesalahan-kesalahan orang lain dengan secara lembut dan tidak langsung?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika jumlah markah jawapan itu lebih dari 75, maka ini menunjukkan bahawa kita seorang yang amat dikasihi ramai.

Jumlah markah 60-75 menunjukkan juga bahawa kita dikasihi ramai, tetapi masih ada titik-titik kelemahan budi bahasa yang boleh diperbaiki oleh kita.

Jumlah markah antara 35-55 adalah merupakan satu hasil yang sederhana yang menunjukkan bahawa kita mungkin mempunyai kawan, teman dan sahabat handai yang sukakan kita, tetapi meskipun demikian namun anda belum boleh disifatkan seorang yang dikasihi ramai.

Jumlah markah bawah dari 35 menunjukkan kita mempunyai titik-titik budi bahasa yang lemah yang menyebabkan kita kurang dikasihi orang dan menyebabkan kita hidup terasing dan keseorangan.


No comments:

Post a Comment

arigatO!