Pengikut setia

Friday, 7 April 2017

Happy bufday to me

8 April sudahhhh..  Hmm..  2017 masuk umur 26 tahun.  Alhamdulillah allah bagi rezeki yg luas untuk saya. Happy bufday to me happy bufday to me happy bufday to me.. La la laaa.. Yup, teruskan tidak matang. Hmm.. Rezeki yg allah limpahkan kepada saya benda yg jarang sangat orang dapat iaitu boleh bersama orang tua pada usia dah injak dewasa. Di saat orang lain terliur nak sambung daij tapi tak berduit, alhamdulillah sy boleh belajar dengan senang hati tanpa fikir duit. Duit mak bapak.. 

Ni impian saya agar diberi kesempatan untuk bersama orang tua sebaik saja tamat belajar. Sementara orang datang meminang, saya duduk dengan ma abah dulu, tengok gelagat mereka. Jaga mereka, tolong mereka, guna kudrat yang tak seberapa ni. Ada je abang sulong yang tumpang jaga, tapi saya lah 24 jam duk kat rumah. Walau jauh di sudut hati, nak juga cari tempat bermanja tapi apakan daya, allah bagi peluang untuk saya tunjuk kasih sayang dan perhatian pada orang tua dulu. Terpaksa pendam dulu rasa itu. Tengok gelagat orang tua kadang2 menampakkan sifat kebudakan. Maklum la, dah hampir 70 tahun.. Yang paling sweet pada ma dan abah bila sama2 suntik untuk diebetis. Sakit sama-sama. Pastu pung pang pung pang sama2 bergaduh. Pstu merajuk tak terkata pastu berdamai pulak. Saya jadi mata2 dari jauh aje. Malas nak campur tangan. Abah pulak asalkan air ubatnya disediakan pastu selalu bertanya khabar tentang dirinya dah cukup buat dia rasa diberi perhatian. Ma paling senang saya nak layan, borak je panjang. Asalkan tak mengumpat ma layankan aje. Penah saya cakap nak kerja luar negeri terus ma merajuk. Adeii. Takpa la, duk ja kelantan. Dapat tengok muka mak ayah pun dapat pahala. 

Tahun ni juga tahun yg paling mengembirakan keluarga kami, abang sulong bakal berpasangan tahun ni dan kakak saya pun dapat berita gembira iaitu bakal menimang cahaya mata setelah lama menunggu. Alhamdulillah. Menitis air mata saya melihat kegembiraan mereka. Tapi dalam gembira ada deritanya, mak abah adik beradik pakat duk berharap supaya saya kahwin tahun ni juga. Berkali kali kali kaliii mereka sebutt." Kalau lah alah dapat kahwin tarikh sama dgn abang", alah tu nama timangan family, abg plak yg sulong tu.. Bukan saya tak mahu. Mahuu sangat. Tapi kalau lelaki tak da kesungguhan macam mana saya nak kahwin, nak yakin yang laki tu suka kita ke tak, dah berkali- kali rasa kecewa tanpa sempat bercinta, lelaki dan harapan tak dapat dipisahkan. Yang datang nak merisik pulak yang membuat saya fobia yang amat. Lagi2, yg merisik tu saya tak kenal langsung. Sebab dah pernah kena reject.. Hak hak..Mungkin ni balasan sy pernah reject orang lain berkali kali tanpa sempat mereka datang rumah. Reject mentah2.  Tapi tu diorang datang time sy tak bersedia. Mana tak nya, masa tu saya baru usia 19, 21, 22. Lampu hijau pun tak dapat, sekarang lampu hijau tu dah hancusss tapi kereta lak tak gerak2. Kih kih kih. Kalau orang tu kita dah penah kenal sedikit sebanyak, pastu kita tau dia beriman dan soleh,mungkin la kita tak tolak mentah2 kan. Akan pertimbangkan la kan. InsyaAllah akan hadir seseorang yang berani dan ada kesungguhan dengan datang jumpa abah dan janji akan ganti abah untuk jaga saya didik dan temani saya hingga ke jannah. Amin.  Dan setelah dilamar,  insyaAllah rezeki kerja Yang bagus datang bergolek.  Amin

Ni doa pada hari kelahiranku, moga makbul. 

Tkpe la, mungkin tu kisah lepas, sekarang saya yakin ada sinar bahagia dalam family saya. Allah pasti makbulkan doa bukan saja doa saya malahan doa seluruh keluarga saya agar saya kahwin tahun ni juga. N disekalikan dengan perkahwinan abang pd bulan 8, insyaAllah. Aminnnnn.. Saya serahkan kepada Allah. Ya Allah berikan abah dan ma menantu yang diingininya, menantu yang sedap mata memandang, soleh dan bertakwa supaya,dapat bimbing anaknya menuju ke syurga. AMIN. 

No comments:

Post a Comment

arigatO!