Pengikut setia

Thursday, 13 February 2014

Purdah dan perangai??

Bangun pagi -pagi terdengar kicauan burung di tepi tingkap seolah2 mengejut saya supaya bangun pagi,fuhhhh...''mengganggu betoi''..tapi ok jugak sebab loceng jam ori datang,bising 1bilik.Terus bangun untuk mengerjakan apa yang patut dibuat rutin harian. Terus capai laptop,buka blog 'aku Islam' dan youtube motivasi dari ustaz Pahroi dan Prof Muhaya untuk memotivasikan diri sendiri.

Mengimbau kembali apa yang saya lakukan minggu lepas. Apa kekurangan yang telah dilakukan.Muhasabahkan diri. Sebenarnya dalam hidup kita mesti ada perubahan yang perlu kita laksanakan supaya hidup kita bertambah baik. Saya perhatikan ramai manusia sekarang yang gelagatnya amat menjengkelkan dan memalukan kaum. Ada setengah tu yang suka berburuk sangka,berdendam,berdengki dan macam-macam lagi.

Satu perkara yang menghairankan saya adalah orang yang berniqab yang berperangai seperti 'hantu'. Istilah hantu bukan bermaksud dia menjelma sebagai hantu raya or hantu pocong,tapi perangainya pelik dan sangat menjengkelkan saya dan kawan-kawan. Dalam diri saya terdetik satu persoalan , ''dia ni tak da rasa malu ke dalam diri dia?'' berpurdah tapi perangai memang jauh dari apa yang saya sangkakan, selalu tarik perhatian orang ramai terutamanya lelaki,apa motif dia pakai purdah sebenarnya?. datang syaitan soh saya fikir bukan2,astagfirullah.

saya berdoa dalam hati semoga dia cepat berubah. jangan mencemarkan orang yang betul2 ikhlas pakai purdah,jangan sampai diri dihina dan diperkotak katikkan.

wallahualam

No comments:

Post a Comment

arigatO!