Pengikut setia

Saturday, 8 February 2014

2014 datang

Selamat malam..

Banyak bulan x bukak blog,line banyak tapi saje mood malas datang melanda,lagi2 baru masuk semester baru,bizi dengan semester baru.tapi lecture ramai xmasok lagi.

Facebook pon jarang buka sebab menyampah tengok budak2 ni post status yang ntah pape,benda yang tak berfaedah pon nak di share di fb,rasa nak muntah la plak.saya rasa sejak ada fb ni,hati saya busuk yang teramat sangat sebab selalu mengutuk orang2 yang post status yang ntah pape tu. Pendapat saya tak perlu la nak post benda2 remeh,seumpama ''saya boring'' , cantik la saya,, baru lepas pegi situ/sini. anak saya dah besar, post gambar baru lepas melancong, gambar baby,gambar orang lepas kahwin ,sikap yang suka menunjuk2 makin menebal sejak dunia facebook ni muncul.

macam mana kalau yang membaca tu xkawin lagi/andartu???macam mana perasaan diorang yang tgok orang yang post gambar kahwin??perasaan orang yang baru kematian anak bila melihat orang post perkembangan anak mereka??perasaan orang yang mengalami kegagalan n tengok orang2 yg post tentang kejayaan mereka??mesti tersentap kan!!!!contohnya diri saya sendiri. banyak makan hati bila tengok post2 fb yang dipost oleh kawan2.terutama gambar kahwin!!xperlu la post sampai beribu2 n post kebahagiaan dia bersama si suami. saya pon memang teringin nak kawin sangat!cuma tak jumpa lagi  jodoh yang betul2 berkenan di hati. gambar baby??anak buah kawan2..saya memang tertunggu kedatangan anak buah baru,tapi asyik xde rezeki sebab kakak gugur,sekarang masih menunggu dan menanti kelahiran anak buah ketiga.InsyaAllah kalau diberi rezeki tahun 2014 bakal lahir. jeles tgok kawan2 dok post baby.
post tentang kejayaan mereka.saya tau mereka semua bijak tapi tak perlu la menonjol sangat post kat facebook.post status dah lulus lesen kereta,saya masih lagi samar2.bila ntah nak g test kereta. pastu post gambar jalan2,-saya dok rumah je xde masa nak g jalan2 tempat jauh.. pastu post gambar keluar bersama kawan2,saya tau saya xde  geng,xperlu menunjuk kamu tu ade geng2.huhuhu..

kesimpulannya saya tak suka semua yang berkaitan facebook sebab ia menyakitkan saya. cukuplah sekadar buka untuk tengok inform2 pasal pelajaran dan universiti.

ok ..setakat ni aje...wassalam ;-) *saje tunjuk diri*

No comments:

Post a Comment

arigatO!