Pengikut setia

Wednesday, 29 August 2012

Dunia universiti

Assalamualalaikum semua warga blogger dan juga semua yang ada di alam dunia ini yang sedang melayari internet.Saya teringin untuk membuka blog ini dan bercakap mengenai malas dan kehidupan.Inilah akibat daripada perasaan malas yang menebal.Blog ditinggalkan dan semuanya tergendala.Sesungguhnya hamba sedang berada diambang kekalutan.

Disebabkan kehidupan saya kini berubah dari alam persekolahan ke alam universiti sejak tiga tahun lalu,saya merasakan kehidupan di alam sekolah lagi menarik dari berada di universiti.Kerana di universiti buatkan saya rasa sentiasa tidak keruan.Sentiasa rasa resah dan gelisah serta rasa macam nak gila bila tibanya masa nak ada exam dan kerja2 yang bertimbun.

Buat adik2 atau kakak2 yang nak sambung belajar ijazah mahupun diploma.SELAMAT DATANG KE UNIVERSITI!sebelum kalian masuk ke universiti pastikan anda bersiap sedia dari segi mental dan fizikal kerana di tempat sebegini sememangnya akan mengalami kejutan budaya dan rasa bebas yang melampau.Pesanan saya pada anda adalah jagalah diri sendiri.Jangan merasa diri tu bebas tanpa kawalan sesiapa kerana kita adalah manusia yang perlu di jaga diri dan maruah agar tidak tercemar dek kerana perbuatan buruk yang kita lakukan di sini.

Contohnya buat yang tidak pernah pakai seksi,bila tiba di universiti mereka akan terikut untuk berpakaian sebegitu juga.aneh kan??Yang tak pernah bercinta dia rasa nak mencari seseorang semata-mata nak ikut trend.Nak ikut kawan2 biarpun hati tak seberapa cinta.Apa istilah cinta??selama saya hidup saya tidak pasti apa itu istilah cinta yang sebenar.Tiada yang mengerti melainkan dia benar2 ketemui cinta yang sweet.

Merapu je kerja saya kan??Ini adalah monolog hati saya kerana sekarang saya berada dalam bilik dan takda kerja nak buat.Dulu mula2 saya mencipta blog ni,saya ingin menulis dan mengarang apa2 aje yang rasa boleh memanfaatkan diri saya dan juga orang ramai.Ada juga cita2 saya untuk menjadi seorang penulis yang dikenali ramai.Tapi hajat tu tak kesampaian sebab masih ada yang lebih penting untuk saya bereskan dalam hidup ini.Jadi,blog ni hanyalah untuk meluangkan masa saya ketika amat bosan saje.

Setakat ini sajalah omelan saya pada hari ini.Selamat babai ;)

No comments:

Post a Comment

arigatO!