Pengikut setia

Sunday, 22 July 2012

Ramadhan 2012 tiba

welcome ramadan 2012 wallpapers pictures Selamat Berpuasa Di Ramadhan 2012 Buat Warga Berita Semasa!Bermulalah bulan Ramadhan, dimana warga Malaysia yang beragama Islam, akan menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Saya ingin mengucapkan selamat beribadah di dalam Bulan Ramadhan ini buat anda semua.
Bulan Ramadhan adalah bulan berganda.Apa sahaja yang kita lakukan, mendapat balasan yang berganda nilainya.Namun begitu, harus kita ingat bahawa dalam bulan ramadhan juga, nafsu kita akan menjadi berlipat kali ganda walaupun syaitan dibelenggu pada bulan ramadhan ini.Maka, hasruslah kita sebagai umat yang beragama islam, untuk menahan diri daripada melakukan kemungkaran, dan membataskan percakapan yang tidak elok, khusus untuk menjaga sahsiah diri.
Bulan Ramadhan ini adalah bukti kasih sayang Allah. S.W.T kepada hamba-hambanya.Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata.
Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
“Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga”
Jangan lupa semak jadual waktu berbuka puasa bagi tahun 2012

Selamat berpuasa.... ;)

No comments:

Post a Comment

arigatO!