Pengikut setia

Monday, 18 June 2012

Siapa saya?

Siapa saya?
Adakah saya peramah?pemarah?penyabar?

Tiba2 saya terfikir siapakah saya sebenarnya setelah ada salah seorang adik junior bertanyakan saya satu soalan cepumas.Dia ada juga beritahu saya bahawa dia kompius dengan diri saya.Kenapa?Aneh sangat ke?hehehehe...Saya pun ada menemuramah orang2..ade x orang2 mgumpat pasal diri saya.

Hasil korek2 rahsia dari orang2/kawan2..

*Saya seorang yang simple.Tak suka bergaya.Tak suka apa-apa.  (/)

*Saya seorang yang suka bercakap dengan orang yang suka bercakap dgn saya.

Saya bukan peramah sangat kecuali hati saya tengah gembira.(/)

*Kadang2 orang nampak saya seorang peramah tapi kadang2 orang nampak saya pemarah.(/)

*Orang takut dengan saya bila saya diam (/)  -sebab saya nampak garang kot time senyap,takpun masa tu hati tengah berasap n berusaha untuk bersabar.

*Saya sua berterus terang.Kebanyakan yang tidak puas hati akan saya lepaskan saja pada orang itu.Tapi adakalanya sesuatu benda/perihal akan saya rahsia sampai satu orng pun tak tahu hal yang sebenar.Saya seorang yang suka merahsiakan sesuatu yg agak sulit.

*Saya hanya marah jika mereka mereka mengganggu privasi hidup saya.(x)
-saya marah bila saya rasa nak marah!hahaha...

*Kalau orang lain sanggup habiskan duit untuk beli barang kegemaran seperti kasut,Ipad,tukar handset baru,tapi tidak saya.Saya seorang yang jimat.Tapi kadang2 nampak la juga kedekutnya.HAHA..(/)
-Saya rela simpan duit di bank je.Sebab saya rasa tidak senang hati jika terlampau boros.

*Saya tak suka keadaan bersepah terutama bilik.Mesti sentiasa kemas dan wangi.Tak suka orang yg pengotor(/)

Saya sendiri yang mengkelaskan bahawa:-

-Saya akan pening kepala kalau bilik bersepah ngan kain2 busuk,cadar katil tidak kemas,bantal berselerak,baju2 dalam almari tak tersusun rapi.meja tulis penuh dengan barang,kain di ampaian penuh,kering pun tak angkat.Nampak serabut.Boleh buat saya tension.

*Saya tak suka suasana yang bising.Boleh nak bising2 tapi jangan sepanjang masa.Kadang2 boleh diterima.Tapi dalam sehari saya perlu masa untuk bersendirian dalam keadaan sunyi.Barulah saya akan sentiasa ceria.Kalau rehat saya tidak ada/tidak mencukupi,nescaya saya akan jadi macam harimau jadian.Nak senyum pun susah!huhuhu.

*Saya susah untuk menyayangi orang tapi sekali dah start sayang,memang orang wat jahat dengan saya pun saya tetap baik dengan dia.

*Saya seorang berani,kdang2 malu tak tahu kenapa,adakalanya perangai saya agak kritikal membuatkan orang rasa nak gelak sebab cara saya bercakap macam orang terencat.Kadang2 cakap terbelit.MEMAng dah sejak azali kot.HEheHe.

*Diam saya tanda marah@tidak setuju dengan apa yang orang buat pada saya sebab saya tak suka nak marah orang sebenarnya.

*Saya suka bersabar tapi sabar tu agak tak lama,nanti2 ada yg meletup.

*Orang cakap saya mudah di dekati tapi kena ada tekniknya.

*Saya seorang yg banyak cakap.Tu kata orang yg dah rapat dengan saya.Try la bercakap.. :) kikiki

*Saya suka layan budak bawah umur dari saya,bergelak ketawa dan share apa aje,tapi ada batasnya dan adakalanya saya suka bertegas dengan mereka.

# Banyak lagi perkara tentang saya yang saya sendiri tidak tahu bagaimana saya sebenarnya.Yang pasti tiap orang mempunyai personaliti yang berbeza dan saya insan biasa yang sering melakukan kesalahan.Tiada yang sempurna dalam hidup ini.

No comments:

Post a Comment

arigatO!