Pengikut setia

Sunday, 3 June 2012

Kecewa dapat asrama lama

SALAM…
Hari ni 3/6/2012..hari keputusan dapat asrama untuk semester5 sudah keluar.Saya agak berdebar2 untuk membuka apa yang ada dalam portal.Samada dapat atau tidak.Sambil menunggu loading,saya sempat bergurau dengan ibu saya supaya berdoa agar dapat asrama dan moga2 dok tingkat2 paling2 kurang.Sebab agak serik kalau dapat tingkat3.Saya tidak kisah kalau ia blok buruk sekalipun.Kerana sudah bersyukur kerana telah diberi peluang untuk merasai tinggal di blok kediaman baru.
Toingggg!loading dah beakhir dan saya lantas menekan no. kad matrik dan kata laluan portal pelajar dan terus menekan tempat kediaman.Tertera’’Juwairiah 223’’.Pertama sekali saya terkejut apakah Hepa tersilap tulis perkataan tersebut,namun terus dilupakan.Apa yg saya sangat mengharapkan adalah dok tingkat2!tiba2 mata saya terus bersinar!yes!!!akhirnya dapat juga tingkat2.Kenapa saya tidak meminta untuk duk tingkat satu sedangkan ia tidak mmbebankan dan tidak letih?sebab banyak perkara iaitu tempatnya agak sempit.Agak menyesakkan dada sesiapa sahaja yang lalu ke tempat itu.pastu tempat yg sempit tapi penghuni yg ramai.satu bilik 4orang.agak bising sedangkan saya seorang yg sukakan ketenangan dan sunyi.sedangkan dengan adik kandung sendiri saya agak cerewet dan tidak suka kalau adik bising,kotor,usik barang sesuka hati dan banyak lagi,ini apatah lagi orang lain yang tidak saya rapat.Kemudian tingkat satu yang tdak mempunyai aliran udara yg sempurna.tiada pintu ,tingkap rosak.naik semput la jawabnya!Lagi2 dok katil yang bertingkat.Alhamdulillah …

Tapi setelah beberapa minit,saya kembali murung.Saya mula mengadu pada ibu bhawa saya tidak berpuas hati kerana dapat blok yg sama mcm semester lpas.agak berbau dan banyak kucing terbiar,tong sampah selalu je terbalik.Sangat kotor dan jijik.Ibu sempat menasihati saya agar bersyukur kerana dah dapat asrama dan dapat tingkat2,bukan tingkat3.
Saya mula bersendirian.Bukan merajuk tetapi belajar untuk menerima apa yang diberi Allah.Berfikir.Alangkah kesiannya kawan2 diluar sana yang bersusah payah untuk pergi buat rayuan.Sedang orang lain dah siap kemas barang2 ke dalam almari,tapi kawan2 yg x dapat asrama terpaksa menumpang di bilik kawan2 dulu.Pastu terpaksa ke hulu kehilir buat surat rayuan.tebal muka2 nak minta izin menumpang bilik kawan.Saya dapat rasakan itu!
Dalam kesedihan,saya mula menerokai alam maya.(facebook).ternyata bukan saya seorang yang kecewa dengan keputusan ini.Semuanya agak sedih dan kecewa.Saya terpaksa buangkan segala kesedihan dan kekecewaan kerana cukup kawan2 saya sajalah yang menangis kerana tidak dapat menerima hakikat ini.
Tapi kawan2,sekiranya berlaku perkara ini,janganlah kawan2 bersedih kerana masih ada yang perlu kita sedih lagi kerana apa?banyak lagi ujian berat yang Allah bagi untuk menguji keimanan seseorang spt kebakaran rumah,kematian orang tersayang,kehilangan seseorang dicintai,penyakit berat dan lain2.
Kalau hanya kerana kemahuan kita tidak dapat,janganlah kita bersedih kerana kita masih lagi beruntung.kerana masih lagi diberi tempat teduh,diberi peluang ,merasai belajar di university,merasai bagaimana cabaran dan ujian di university,sedangkan orang lain kecewa kerana tidak dapat meneruskan pelajaran di peringkat tertinggi kerana masalah pendapatan dan gagal dalam pelajaran.Kita bersyukur kerana diberi otak yang sebijak ini sehingga diberi peluang untuk tinggal di asrama university.Tidak kisahlah.Buruk ke,busuk ke,nak runtuh ke..tau tak kawan2 kalau kita bersabar Allah berikan kita nikmat indah suatu hari nanti sendangkan jika kita asyik merungut dan tidak berpuas hati dengan apa yang diberikan Allah akan menarik nikmat hidupnya sedikit demi sedikit malahan kita hanya mendpat dosa kerana tidak bersyukur dengan rahmat Tuhan.

Jadi marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran bagi yang telah mendapat asrama.Jangan sekali-kali merungut dengan apa yang telah berlaku.Hanya sabar yang perlu kita tunjukkan.InsyaAllah kesabaran kita akan memberi sedikit lebaran indah buat kita suatu hari nnti.Allah menyembunyikan matahari kerana ingin memberi kita pelangi.Ingatlah kata2 ini.Dan setiap apa yang kita tidak suka itu bukan nya tidak baik,dan apa yg kita suka itu adalah baik untuk kita. ;)

wassalam

No comments:

Post a Comment

arigatO!