Pengikut setia

Wednesday, 30 May 2012

Kenapa kanak-kanak nakal dan degil

Sekian lama meninggalkan blog,bukan lupa tapi sedikit alpa dan khusyuk dengan dunia baru.Tambah lagi tiada entry yang sesuai untuk diluahkan ke blog ni.

Hari ini teringin sekali menyentuh isu kanak-kanak.Kanak-kanak merupakan anugerah yang tidak ternilai yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.Dari kecil mereka dididik menjadi insan berguna.Dari kain kosong dicorak2 mengikut kehendak ibu dan ayah.Jika ayah dan ibu kepada kanak-kanak mereka adalah dari keturunan baik-baik,insyaAllah kanak-kanak itu akan membesar seiring dengan kehendak syarak Islam.

Tapi sekarang dunia semakin moden.Ibu bapa kebanyakan tidak tahu bagaimana untuk mendidik anak-anak agar menjadi anak berguna.Mereka lebih mementingkan kerjaya dan meminggirkan anak-anak sehingga kanak-kanak tersebut kekeringan kasih-sayang.Apa yang terjadi apabila mereka kurang kasih sayang?Mereka akan belajar untuk memberontak dan cuba untuk menarik perhatian orang tuanya dengan bertindak agresif seperti nakal,mengganggu orang lain serta tidak mendengar kata orang tua.Kita sebagai orang tua,atau lebih sopan sebagai orang yang lebih dewasa mestilah memahami kenapa kanak-kanak suka melakukan perkara sedemikian.
Cuba untuk berlembut dengan mereka jika mereka mula bertindak agresif.Mereka tidak boleh dilarang melakukan apa-apa berulang kali kerana ia hanya mengundang keburukan saja.cuba luangkan masa untuk bercakap dengan mereka.Walaupun mereka masih kecil tapi mereka tetap berperasaan seperti kita kerana mereka punya hati dan perasaan.Tanyalah mereka kenapa bertindak sedemikian?Jika kita menghukum dan memarahinya,kita mestilah menerangkan kepadanya kenapa kita memarahi serta menghukumnya agar dia memahami dan tidak akan mengulangi kesalahan.Cuba untuk beri perhatian padanya.Bercakap dengannya,bergurau senda,memuji.InsyaAllah mereka tidak akan bertindak nakal lagi.

No comments:

Post a Comment

arigatO!