Pengikut setia

Thursday, 12 April 2012

Dia yang aku kenal

Sebenarnya blog ni bukanlah tempat untukku mengarang,tapi sejak dua menjak ni ,aku lebih suka menulis,sebab tu la lebih baik aku menaip kerana bila taip di sini ia mungkin kekal dan senang untuk direview kan.Dan sepanjang cuti semester ni aku banyak mengingat kembali kisah2 silam dulu.

Sebenarnya aku kecewa dengan seseorang yang telah lama aku anggap dia sebagai temanku dunia akhirat,ya..walaupun masih punya kenalan lain tapi aku sangat kecewa dengan tindakan temanku ini.Kerana dia juga fikiranku berubah untuk tidak lagi menyayangi dan tidak akan lagi mencari kawan sejati.kerana aku sudah xpcaya bahawa di dunia ni punya sahabat sejati begitu.Sejak itu,aku tidak akan berkawan secara berlebihan,kawan seadanya supaya aku tidak lagi dikecewakan oleh yg bernama ''kawan''.

Kini baru aku sedar setelah lama berlalu,bahaawa dulu dia hanya berkawan denganku sebab terpaksa kerana dia xda kawan lain untuk berkawan.Aku mula kenali dia sewaktu tingkatan1.masa tu safful awal.Dan aku sentiasa senyum dan sering naik bas sekali dengannya.Dan tk lama kmudian aku dan dia mula berkawan.Namun langit xselalu cerah.rupa2nya yang aku sangat menyanyangi dan selalu fikir dia sangat hebat,rupa2nya dia teruk di mataku,aku sudah banyak kali bersabar dengan karenahnya kerana aku susah untuk melupakan orang yg aku sayangi.Apa pun yg dia buat aku tetap bersabar,dan mungkin dia fikir dia perfect!sebab tu la apa yang aku buat mesti salah dimatanya.Susah juga kalau orang yg terlalu fikir dirinya bagus.tapi semua tu aku x kisah sebab aku xnak bergaduh dengannya.


Sampai tingkatan dua,aku berkawan dengannya,dan kadang2 dia baik tapi kadang2 perangainya yang keras kepala mbuatkan aku naik angin.tapi aku kena sabar sebab aku tau kalau dah angin sama angin,aku takut melayang la nanti.jadi aku yang selalu kena mengalah,ikutkan hati aku memang aku nak out la dari kawan dengannya,memang pada mulanya aku berkawan biasa dengannya kerana dia sudah punya geng tersendiri,dan aku dah ada Ecah n geng yang lain,tapi disebabkan cikgu suruh aku dan  B pindah kelas ke kelas special disebabkan aku dan dia adalah pelajar terpilih untuk ke kelas harapan cemerlang tu.Aku terpaksa pergi juga,mula2 memang aku xnak pergi,aku jadi takut nak masuk kelas tu sebab mungkin xkenal lagi,aku pun ajak la B utk sama2 ke kelas tu,puas aku pujuk,last2 dia jadi nak duduk bersama denganku,aku tau dia terpaksa,tapi aku xkisah asalkan dia sekelas dengan aku.sejak pada tu,walau hati xsehaluan,xsekepala, tapi aku dan b tetap berkawan macam biasa,kalau gaduh pun,kami tetap berjalan seiringan,nak cakap begitu akrab dan keterpkssaan jelas menonjol dalam dirinya.

Naik tingkatan tiga,fikiran remajaku makin serabut disebabkan banyak perkara.Jadi hari tu aku dan b nampak ada orang ambil surat pindah sekolah,aku dan b pun rancang nak pindah juga,nak try nasib.Jadi aku pun berkeputusan sama,last2 aku yg dapt dulu tawaran ke Maahad Muhammadi perempuan.mujur juga keputusan ujian aku tinggi,jadi mudahlah untuk aku berpindah ke ekolah elite tu.Walaupun aku disayangi guru,dan walaupun aku nakal,guru tetap sayang disebabkan aku salah satu anak harapan di sekolah tu untuk cemerlang.walaupun dipujuk guru besar supaya tidak pindah ke sekolah lain,tapi aku tetap berkeras untuk pindah secepat mungkin,tanpa fikir pasal b,aku terus pindah sebab ayahku excited nak suh cepat2 pindah.

xsangka perkara tu menyebabkan b makin benci padaku,aku minta maaf dgnnya,kelihatan dia sangat susah utk memaafkan orang,susah utk aku pujuk dia,dalam ramai2 kawan aku paling bengang dengannya sebab suka merajuk setiap masa!dan suka marah2!!setelah cool sekejap,dia terima aku balik utk berkawan dgnku.dan sekali lagi agaknya dia bengang denganku sebab aku dapat kelas ke-3 dan dia kelas ke-4,dia minta aku suh pindah ke kelas dia,tapi ayahku x bagi,bila jelaskan padanya,dia cakap aku dah lupa kawn!senang lenang dia tuduh aku cam tu,tapi aku tetap sabar,dia cakap aku banyak menyakitkan hati dia,xreti jaga perasaan kawan,tapi pernah x dia dengar apa yang aku tak puas hati pasal dia?pernah x dia tau yang tiap kali dia cakap macam tu,hati aku sakit dan sedih.sapa yang xpandai jaga hati kawan sebenarnya?aku ke dia?dia selalu cakap keburukanku tapi pernahkah dia mahu luangkan masa dengan luahan aku pula?tapi aku tetap berdiam diri.mungkin aku salah.

Bila dah seminggu duk situ,aku jumpa ramai kawan baru dan terus berkawn,tapi b aku tau dia susah untk berkawan,dia merajuk lagi dan cakap aku dah lupa kawan dan saje2 je menunjuk2 kawan baru depan dia.Ya Allah ,sampai macam tu sekali dia pk pasal aku,busuknya fikiran.masyaAllah,aku lagi sekali beristigfar.kalau mcam tu xpayah la kita berkawan lagi,lama aku bergaduh,tapi mula rapat balik bila masa training taekwando,aku kena satu parner ngan dia,terpaksa la aku berhadapan dengan dia lagi.hubungan kawanku kekal hingga ke tingkatan5.ya..mungkin dah 6tahun berkawn.walaupun xsekelas tapi kadang2 ada juga masa untuk bersama dan sering berbicara bila ada waktu kosong.dan masa form5 juga la aku dan dia selalu je bersama.ulangkaji bersama,kadang2 aku ke rumahnya.Tapi tu hanya tinggal kenangan,lagipun masa zaman tu,aku banyak bergaduh sebab ada pencucuhnya yg selalu buat aku dan b salah faham dan bergaduh.

Biarlah ia berlalu,waktu dia dapat tawaran ke uiTM,aku tumpang gembira dan aku g ke majlis kesyukurannya,aku masih ingat masa tu la kali terakhir aku berjumpa dan berbual dengannya.Dan kini hubungan persahabatan palsu ni musnah dan terbakar macam tu je sebab dia dah mula lupakan aku 400%.dan dia dah unfriendkan aku dari list kawan fb nya.Sanggup dia buat aku macam ni,tapi ia mengajar aku erti kemanisan dan masamnya bila berkawan. ;) terima kasih ya (B...... ......).xnak sebut namanya takut mengaibkan ;) -sebab bagi aku pengalaman berkawan sedasyat ini.DAN sebab kamu juga buatkan aku mula berhati2 dengan semua rakan.Susah utk aku menyayangi sahabat lagi! Dan sejak itu tiada lagi istilah sahabat dalam hatiku,cukuplah teman utk bersama dalam hidup.teman sering silih berganti bagai daun kering yang luruh.

Bawa hati yang sedih,kembalikan senyumanku yang dulu ;)

1 comment:

  1. lupakan kisah lalu..hidup mesti diteruskan, so hepi selalu..=)

    ReplyDelete

arigatO!