Pengikut setia

Thursday, 12 April 2012

Pengalaman ketika di tadika ;)

Kawan ..sahabat..teman..rakan taulan...semua tu sangat penting dalam hidup seharian kita.
Namun alangkah sedihnya apabila kawan yang kita dambakan selama ni dengan senang lenang melupakan kita.Aku hidup sejak kecil dan banyak mengalami kenangan dan pengalaman dalam berkawan,bukan aku saja tapi aku yakin semua orang mengalami perkara yang sama dalam hidup.Aku mula berkawan sejak kecil dan masih lagi tidak tahu apa itu erti kawan??

Aku mula berkawan dengan sepupuku.Mereka bagaikan adik beradikku.Setiap hari,setiap bangun dari tidur rutin harianku adalah berkawan,terus bangun ,mandi dan segera ke rumah sepupu tersayang untuk apa?untuk berkawan.Kerana bagi aku,kawan itu amat penting.Tanpa mereka aku sunyi.Aku amat rapat dengan sepupu yang bernama Ee,Epi dan Amir,selain tu juga aku mula berkawan dengan ila,sepupu sepapat je,
Dan kenalan aku berkembang setelah aku mulai sekolah tadika.Memang perangai asli aku adalah susah untuk didekati kerana aku seorang yang cerewet dalam berkawan.Tapi aku seorang yang mudah didekati bila orang tu senang untuk berkomunikasi.Bukan diam membatu.

Aku ke sekolah tadika bersama kawanku Shafira,dia adalah kawanku dunia akhirat kerana sampai sekarang walaupun sudah berubah imej,aku tetap berhubung dengannya.kerana bagiku berkawan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang ada pada sahabat kita.Aku ke sekolah dengan bas.Di sekolah tu,aku tidak punyai ramai kawan kerana wajahku yang sentiasa serius menyebabkan semuanya tak berani nak bermain denganku.Cuma aku masih ingat sampai sekarang,kawan tadikaku iaitu Ain dan Iqa yang sudi bermain denganku,yang lain bagaikan musuh denganku.Kerana mereka lebih suka cari gaduh denganku berbanding nak berkawan.Walaupun aku rapat dengan Shafira bagai adik-beradik,tapi bila di sekolah,aku dan dia bawa haluan masing2,dia dengan kawannya dan aku dengan kawan2ku.Bila balik sekolah barulah aku cari Shafira untuk balik bersama dengan bas.Aku paling ingat kenangan silamku bersama shafira ketika masih tadika.Aku balik sekolah mesti singgah beli aiskrim dan hotdog di tepi jalan sambil tunggu bas.Wajib!Kalau x mesti merajuk! :)

pastu perkara yg paling aku takut ketika di tadika masa aku bermain dengan buku rekod pencapaian aku,aku sebarkan buku tu ke luar tingkap,tiba2 buku tu melayang keluar.Aku menangis dan shafira menenangkan aku supaya jangan takut.tapi aku tetap takut sebab xtau nak bagi macam mana buku rekod tu kat cikgu nanti,last2 shafira yang tolong aku.Aku dulu sangat penakut tahap kura2..tapi sekarang mungkin dah hilang disebabkan persekitaran.

Dan bila tiba hari sukan,aku menyorok dari tempat kelas tu sebab takut cikgu pilih aku untuk bermain bola,aku dari kecil sangat fobia dengan bola,xtau kenapa.bila datang je bola ke arahku mesti aku cepat2 mengelak dan lari dari tempat tu.Dan aku sering dibuli dan di ejek oleh rakan sekelas sebab aku tak reti main langsung,tapi aku tak kisah sebab ada cikgu tadika tu sangat suka membela aku bila diejek sebab aku anak kesayangan  cikgu kerana kepintaran dan mudah utk memahami apa yang guru ajar, ;) (perasan)haha..

Aku memang lemah dalam sukan,tapi bab2 lain mungkin boleh diajar,aku suka melukis dan selalunya lukisan aku dipuji oleh guru2 ku.Dan setiap kali buat pertandingan melukis dan main tanah liat,aku yang selalu dapat no. 1.Kat kelas tu aku selalu bergaduh dengan sorang budak yang berlagak sombong,tapi aku tak risau sebab ada cikgu yang selalu tolong aku.Budak tu selalu cari gaduh ngan aku bila aku dipuji oleh cikgu.Tapi aku budak baik,xmelawan pun.Dia tolak aku sampai jatuh pun aku wat muka selamba n selalu tenang,tu yg buatkan budak tu makin geram nak terkam aku.Dalam hati aku ,aku cakap mulai sekarang sapa yang nak cari gaduh ngan aku insyaAllah aku siap sedia nak terkam dia balik!huh..tapi bila pk2 tak baik wat macam tu kan?HEHEHE...

Tu la kisah sedikit sebanyak ketika di alam tadika.

No comments:

Post a Comment

arigatO!