Pengikut setia

Wednesday, 11 April 2012

Masak ayam berkuah kicap

Hari ini mak saya pagi2 lagi pesan nak keluar n balik lewat petang..jadi dia minta untuk saya menguruskan rumah dan memasak.
Saya dengan selambanya buka internet dan search mana-mana resepi yang boleh dibuat berdasarkan bahan2 yang ada dalam peti. ;)
Orang jarang masak memang lumrah la tak ingat resepi kan??hehehe
Jadi hari ni saya masak ayam berkuah kicap hasilnya sepatutnya begini

picture dan resepi ambil dari rakan blog(potret kasih)




Tapi saya yg suka berangan n berlagak pandai ni tak perhatikan dengan baik sebelum masak.Search +hafal resepi+terus g masak tanpa tengok cara-cara nak buat..Alih2 rasa macam pelik je masakan tu,Search balik n tgok mmg lain terus,,tapi rasanya ok je,,cuma idea kreatif saya yg myebabkan masakan saya lain dari resepi sebenar ;)
Ditambah2 lagi bahannya x cukup...main hentam je la !!tambah apa yg ada....kuang4... :)

Ni resepinya:-


Resepi Ayam Kicap dengan Nenas
1/2 ekor ayam
sepotong nenas ( potong kecil )
1 labu bawang besar ( saiz sederhana ) -dihiris
3/4 inci halia ( hiris )
2 ulas bawang putih (hiris)
10 biji cili api ( dihiris atau sebiji2)
1 btg serai di ketuk ( optional)
1 biji tomato ( saiz kecil)
daun ketumbar
2-3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu kecil sos ikan ( sos nampla )
serbuk kunyit
sedikit garam
Cara penyediaan
1. Ayam dipotong dan di bersihkan. Toskan airnya.
2. Gaulkan ayam tadi dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng hingga keemasan. Ketepikan.
3. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, serai, dan cili padi hingga wangi.
4. masukkan semua sos tadi, sedikit air dan nenas.
5. Bila mendidih masukan ayam tadi dan last sekali masukkan tomato dan daun ketumbar yang telah di potong.
6. Bolehlah dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

arigatO!