Pengikut setia

Monday, 16 April 2012

Isu PTPTN kini

Pendapat saya ptptn patut dihapuskan atau paling kurang diringankan sedikit beban hutang tu,jangan ada bunga-bunga(riba),atau diberi syarat jika pelajar cemerlang diberi percuma dan sebagainya.

           Hutang memang wajib dibayar tapi pinjaman beserta riba tidak patut diwujudkan.Kerana dalam Islam sangat mengharamkan RIBA.Sebagai pemimpin ia perlu memberi tunjuk ajar dan sikap yang baik kepada rakyat jelata.Pada pandangan saya mengenai isu pelajar yang buat demokrasi secara biadap itu memang salah,tapi bila difikirkan balik tentang pernyataan yang dibuat oleh seorng pelajar tu,saya mula berfikir,memang wajar buat demokrasi sebegitu rupa kerana apa?kerana yg berhormat itu sendiri yang menubuhkan pinjaman ptptn itu dengan memasukkan unsur RIBA.bukahkah pinjaman sebegitu hanya dilakukan oleh orang bukan islam?kerana sudah jelas dalam al-quran menyatakan dalil pengharaman riba.?

         Saya menyatakan sebegitu kerana bukan ingin bersetuju dengan mana-mana pihak,sebenarnya memang betul ptptn tu tak sepatutnya wujud dalam dunia ni.memanglah pada mulanya ia dapat membantu pelajar miskin untuk pembiayaan pendididkan mereka,namun adakah semuanya bakal cemerlang dan mempunyai pekerjaan kelak?kerana isu pelajar menganggur kini makin meningkat kerana kegawatan ekonomi.Bagaimana mereka semua nak bayar ptptn tu ditambah lagi bunga yg diberi setiap bulan jika tidak dibayar mengikut waktu yg ditetapkan.

           Persoalan demi persoalan datang bila fikir tentang isu politik,kerana saya rasa dunia dah nak berakhir dengan datangnya pemerintah yang tidak bertanggungjawab dan zalim,datangnya pemerintah yang tidak beragama Islam atau bahasa kasar adalah pemerintah yang agak jahil dalam agama,yelah,,bini tak pakai tudung,berkepentingan peribadi,padahal duit digunakan untuk rakyat tetapi lebih diutamakan kepada familynya sendiri.Agaknya kena bawa seorang city hunter(film korea top 2011!) yang datang membantu rakyat yang dalam kesusahan kini.Dengan pemerintah yang tidak bertanggungjawab perlu diajar dan diberi peringatan bahawa mereka dilantik menjadi pemimpin adalah untuk menjaga keamanan dan keperluan rakyat,bukan untuk kemewahan diri sendiri.Saya mengkagumi yang berhormat namun saya langsung tidak kagum dengan perlakuan yang dibuat.sia2 saja jadi menteri kalau tidak boleh beri sumbangan kepada rakyat.dengan minyak,gula,semua harga naik,memanglah kalau kita fikir apalah sangat dengan kenaikan  harga tersebut,namun bagi orang yang susah,ia amat terjejas dan kehidupan mereka pasti sesak!

Kalau Allah kurniakan saya ilmu dan kekayaan,ingin saja saya menolong mereka yang dalam kesusahan!Tapi apakan daya,saya hanya mampu berdoa dan berangan saja :) Ya Allah selamatkan duniaku dan rakyat Malaysia!! -pelajar IPTA ..

No comments:

Post a Comment

arigatO!