Pengikut setia

Saturday, 21 April 2012

Dunia antara kita dan haiwan

Puas mundar mandir,tV dibuka dan kelihatan siaran nasional geografi sedang berlangsung,oleh kerana ia adalah siaran yang saya minati,saya tidak menukar channel tv lain,terus melayan dan khusyuk menonton.Ia adalah berkenaan dengan haiwan-haiwan yang ada di luar negara,yang tidak pernah kita jumpa di sini.Dan kalau ada pun mungkin jarang yang dapat kita jumpa.

Sedang khusyuk saya menonton tiba-tiba hati saya sebak melihat seekor anak kuda belang yang sedang mengejutkan ibunya yang sudah meninggal dunia.Dan paling mengejutkan saya,bapa si kuda belang yang tak pernah berkahwin dengan ibunya seperti ibubapa kita tetap menunjukkan kasih sayang pada anaknya.Dia datang mendekati anaknya dan memujuk untuk pergi bersamanya.Anaknya yang kelihatan serba-salah tetap mengejutkan ibunya yang sudah kaku sambil memandang sayu pada ayahnya.seolah-olah menyuruh ayahnya turut  mengejutkan ibunya.

Setelah lama anaknya berusaha untuk mengejutkan ibu,ayahnya tetap bersabar dan mundar-mandir berhampiran anaknya.Akhirnya anaknya mengalah dan mengikut ayahnya pergi jauh dari sisi ibu kerana bangkai ibunya sudah dikelilingi oleh burung-burung.

Apa yang saya pelajari adalah kasih-sayang anak terhadap ibu,dan kasih bapa terhadap anak.Walaupun ia hanya layak dipanggil binatang dan hanya dikurniakan otak tanpa akal,namun kelihatan binatang lebih memahami dari manusia.Manusia yang sekarang sering bermusuhan,membunuh sesama mereka tanpa ada rasa belas kasihan,ibu bunuh anak,buang anak,bapa bunuh anak,anak bunuh bapa,dan unsur lain berkaitan jenayah banyak timbul dalam isu kekeluargaan.

MasyaAllah!
Kadang-kadang dunia haiwan lagi mulia dan bagus.
kadang-kadang kita perlu belajar memahami sesuatu dari binatang sekeliling.Melihat bagaimana kasihnya ibu kucing menggonggong anaknya yang masih kecil,burung2 di awangan bising mencari makanan untuk anaknya.Dan saya pernah melihat seekor burung yang setia menunggu kawannya yang terperangkap di jaring,menyuapkan makanan ke mulut kawannya yang tidak mampu untuk bebas dari perangkap tersebut.Betapa mulianya sifat burung itu.Malu kita sebagai manusia yang tidak menghargai diri dan orang lain.Hidup penuh kebencian dan dendam,menyeksa hingga derita tanpa ada rasa belas.Saling bergaduh dan menyakiti orang sekeliling.

Bagaimana pun begitu,kita sebagai manusia tolonglah berubah.
Kerana hanya kita yang dapat merubah diri kita sendiri.Ingatlah!

No comments:

Post a Comment

arigatO!